Tragedi Ulu Bendul Di TontonTV3

Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
BAHAYAAliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Langkah keselamatan
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
- Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
- Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
- Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
- Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).
3 Pelajar UTAR Mati Lemas
KAMPAR 1 Nov 2009 – Tidak sampai seminggu insiden jambatan gantung runtuh yang meragut tiga nyawa berlaku di Kuala Dipang, tiga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) pula mati lemas apabila dibawa arus sungai di Air Terjun Batu Berangkai di sini hari ini.
Pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) terbabit ketika itu sedang berkelah di kawasan rekreasi tersebut sebelum kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang. (Baca Lagi)
Tragedi Kepala Air Di Ulu Bendul
3 Kanak-kanak Mati Lemas Di Ulu Bendul (SILA KLIK)
KUALA PILAH 3 Mei – Tiga kanak-kanak dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama ibu bapa mereka di Taman Rekreasi Ulu Bendul di sini petang ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika lima sekeluarga itu yang menetap di Senawang dekat sini datang ke pusat perkelahan itu untuk mandi manda. (Baca Lagi)
| Kes lemas seluruh negara meningkat 76.18 peratus |
| Khamis, 03 Jun 2010 03:59 |
PULAU PERHENTIAN - Statistik mati kerana lemas di seluruh negara meningkat daripada 26 orang pada 2008 kepada 293 tahun lalu, meningkat 76.18 peratus. - Sinar Harian, 02 Jun 2010. |
KUALA KANGSAR 6 Feb. – Seorang ibu pasti tidak dapat melupakan detik-detik bagaimana dia melihat anak kesayangannya terkapai-kapai dibawa arus sungai sebelum ditemui mati lemas ketika mandi di Sungai Kampung Pauh, Ara Panjang dekat sini semalam. (Baca Lagi)
Pelajar Tingkatan 3 Mati Lemas
TUARAN 31 Mac - Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang ketika mandi bersama beberapa rakannya di Sungai Damit di sini semalam. (Baca Lagi)
Mayat Budak Lemas Ditemui
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui mati lemas hari ini selepas terjatuh ke dalam kolam di Tasik Sri Gombak dekat sini ketika bermain dalam waktu hujan. (Baca Lagi)
2 Mangsa Mati Lemas Ditemui
KUALA KANGSAR 6 Feb. - Dua mangsa mati lemas ketika mandi di Sungai Perak petang semalam, ditemui pagi ini.
Mangsa, Mohamad Imran Rosli, 10, ditemui pada pukul 7.10 pagi ini, manakala Mohd. Abdul Abdza Ibrahim, 10, ditemui pukul 12.20 tengah hari ini. (Baca Lagi)
Budak 8 Tahun Ditemui Lemas
PASIR PUTEH 4 Feb. - Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ditemui mati lemas ketika berkelah dan mencari kepah bersama keluarganya di Lagun Kuala Semerak di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika mangsa, Rabiatul Adawiah Razni, sedang bermain dengan bapa saudaranya, Mohd. Ilham Mazlan, 13, di tepi lagun berkenaan. (Baca Lagi)
Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Bilik Air
KULAIJAYA 15 Jan. – Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, Chali Lek Kuan ditemui mati lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam besen berisi air di rumah keluarganya di Kampung Baru Senai dekat sini malam tadi.
Kejadian berlaku pukul 7.40 malam ketika kanak-kanak itu dipercayai bermain seorang diri di dalam bilik air tanpa disedari kedua-dua ibu bapanya. – Utusan
2 Pelajar Ditemui Mati Lemas
KOTA BHARU 9 Jan. - Dua pelajar ditemui lemas dalam kejadian berasingan di negeri ini petang ini.
Dalam kejadian pertama, seorang pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Cabang Empat lemas selepas dipercayai mandi bersama seorang rakan di sebuah sungai berdekatan rumahnya di Kampung Talak, Cabang Empat, di sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd. Farid Zulkifli, 17, dikatakan mandi selepas memukat ikan di sungai tersebut. (Baca Lagi)
Ibu Hanya Mampu Melihat Anak Lemas Di Depan Mata
KOTA BHARU 8 Jan. - Disebabkan takut mengharungi arus deras akibat banjir, seorang ibu, Gayah Hassan, 35, hanya mampu melihat anak perempuannya terkapai-kapai kelemasan sebelum mati selepas terjatuh ketika bermain berhampiran rumah mereka di Kampung Belukar Limbat di sini.
Lebih menyedihkan, beberapa detik sebelum itu, Gayah sedang memerhatikan Siti Aisyah Kamarulzaman, 10, sedang asyik bermain air dalam jarak kira-kira tiga meter dari tempat dia berdiri kerana bimbangkan keselamatan anaknya itu. (Baca Lagi)
3 Bersaudara Mati Lemas
HULU SELANGOR 30 Dis. - Kegembiraan lapan sekeluarga dari Klang berkelah di kawasan air terjun Sungai Sendat, Ulu Yam Baru di sini hari ini, berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka mati lemas ketika mandi.
Mereka yang maut ialah Tan Ching Wee, 10, Tew Chew Ying, 13, dan Kok Soo Dee, 19. Ching Wee dan Chew Ying merupakan sepupu manakala Soo Dee pula ibu saudara kepada mereka berdua. (Baca Lagi)
Perihal Air Ketika Tenang Menjadi Kawan, Sudah Deras Menjadi Lawan!

KUALA PILAH: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna bagi seorang wanita apabila kehilangan tiga puterinya sekali gus dalam kejadian arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, Selasa lalu.Lebih meruntun jiwa apabila jasad seorang anaknya belum ditemui sehingga kini.Keadaan itu menyebabkan Wan Azleela Wan Abdullah, 33, masih tekad berusaha mencari jasad anak bongsunya, Nurshaza Shakinah Said, 2, walaupun kejadian masuk hari keenam, semalam.Malah, ibu berjiwa kental itu mengetepikan kesedihan kehilangan tiga anak kesayangannya serentak dalam kejadian fenomena ‘kepala air’ itu untuk turut serta turun ke sungai bagi mencari anak bongsunya.Menurut Wan Azleela, dia amat sedih kerana tidak berpeluang menyambut Hari Ibu bersama anak-anaknya.“Tiada lagi kucupan dan rengekan manja mereka. Hanya Tuhan tahu perasaan ini dan saya nekad mahu memastikan anak bongsu saya itu mempunyai pusara.“Saya amat berharap Shakinah ditemui kerana bila ada jasad bermakna akan ada kubur mereka. “Saya boleh melawat kubur untuk mengubat kerinduan terhadap mereka,” katanya.Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isterinya, Datin Norainee Mohd Yatib meluangkan masa menziarah keluarga mangsa di lokasi kejadian, semalam.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - (Surah al Baqarah, 216 )
"Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita dengan apa yang luput daripada kamu dan jangan terlalu gembira dengan terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." - (Surah al Hadid, 22-23)Firman Allah lagi yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar." - (Surah al-Baqarah, ayat 155)
"Tidak ditimpa seorang Muslim keletihan, penyakit, kerisauan, kesedihan, kesakitan, kesedihan yang amat sangat sehingga walaupun duri yang menyucuknya melainkan Allah menghapuskan dengannya dosanya." - (Muttafaq ‘Alaih)
SEREMBAN: “Saya harap sangat-sangat dapat melihat (Nurshaza) Sakinah buat kali terakhir,” kata Wan Azleela Wan Abdullah, 32, yang tutur katanya kurang jelas kerana teresak-esak.Dia lebih banyak menangis sambil melahirkan hasrat hatinya untuk melihat seorang daripada tiga anaknya itu yang kini masih belum ditemui selepas dihanyutkan air deras akibat fenomena ‘kepala air’ ketika berkelah di Sungai Ulu Bendul di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, petang Selasa lalu.“Tolonglah...cari dia sampai jumpa,” katanya.Dalam kejadian yang meragut nyawa tiga anaknya itu, Nurshaza Sakinah Said, 2, masih belum ditemui hingga jam 8 malam tadi, manakala mayat dua kakaknya, Nurshaza Alisa, 5, ditemui pada jam 3.15 pagi kelmarin, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, manakala Nurshaza Azira, 4, ditemui kira-kira 2.5 kilometer berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Bendul.Tiga beradik berkenaan bersama ayah mereka, Said Ahman Ibrahim, 28, dan rakan wanitanya, Alwani Abu Hasan, 20-an, dihanyutkan arus deras kira-kira jam 5 petang, tetapi Said dan Alwani sempat diselamatkan orang ramai.Tidak banyak yang dituturkan Wan Azleela yang masih dalam terkejut dan sedih dengan kehilangan sekali gus ketiga-tiga anaknya itu.Bagaimanapun, dia yang bekerja di sebuah pasar raya di Senawang dekat sini, mengucapkan terima kasih dengan kunjungan dan simpati pelbagai pihak berikutan tragedi yang menimpa dirinya.Antara yang turut mengunjunginya semalam ialah isteri Menteri Besar, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin, bersama kira-kira 30 ahli Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI), Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Wanita dan Puteri UMNO Negeri Sembilan.Ketika ditemui di rumah kakaknya di Taman Desa Ixora, Senawang, Wan Azleela terharu kerana kejadian itu mendapat perhatian pelbagai pihak yang datang dan menghubunginya serta menasihat supaya tabah menghadapi dugaan besar itu.“Saya ucapkan terima kasih kerana ramai yang datang menghulurkan simpati. Insya-Allah saya akan jadikannya bekalan untuk menguatkan semangat diri ini,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba, kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup menghubungi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan memberikan maklumat palsu.“Dua panggilan palsu diterima sejak hari pertama kejadian menyebabkan pasukan kita terpaksa membuang masa berkejar ke lokasi dimaklumkan itu, sekali gus menjejaskan kelicinan operasi SAR,” katanya.Sumber : [beritaharian]