MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Showing posts with label artis malaysia. Show all posts

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 : Ummi Nazira Masakkan Apa Utk Johan Ashaari??

Farghaly Bedspread & Carpet telah menjadi penaja bersama utk Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan(KKR) 2015 yg dirakamkan di beberapa lokasi sekitar Negeri Kedah.

Bertempat di TESCO Kulim pada 25/4/15 telah bersiaran secara langsung utk sesi rakaman Rancangan KKR2015 yg di hoskan oleh pengacara meletop Shiela Rusly.

Antara yg hadir ialah Ummi Nazira selaku artis jemputan bagi rakaman episod KKR2015 di TESCO,  Kulim. Namun, apa yg admin terkesima adalah apabila Johan Ashari pun ada juga. Khabar angin sempoi2 berlalu di kalangan artis, Johan Juvana dn Ummi Nazira bakal menikah tak lama lagi. Apapun biarkan gossip terus jadi kenyataan sbb benda yang baik kena doakan yg terbaik buat depa berdua. Aamin Ya Rabb!!

Nak tahu lebih lanjut artis2 yg akan menyerikan program KKR2015 ni..Tungguuu, nnt admin try adjust dgn Kak Shiela Rusly naa. Nely Senrose pun ada gak tu. Terbaikk dari Konti KKR2015.

Sekalung Tahniah buat pihak pengurusan Farghaly & Team yg berjaya mengorak  langkah ke hadapan di dalam mempromosikan produk Bedspread/Cadar Farghaly & Carpet supaya lebih dikenali dan menjadi perhatian di pasaran Malaysia dan Antarabangsa.

Semoga Terus Maju Ke Hadapan!!!

KL Gangster Memang Anak Jantan

♠ Posted by kayrozz in ,,

Ajib In Action...wa minat cara penyampaian dialog Ajib yang bersahaja tapi kool

BERBANDING genre aksi lain, KL Gangster terbitan Skop Productions pula mempertaruhkan tiga pelakon lelaki sebagai teraju utamanya sekali gus memantapkan lagi filem yang bakal menjengah pawagam tanah air bermula esok.

Filem yang mengupas kegiatan kongsi gelap ini dibintangi tiga pelakon hebat di persada seni tanah air iaitu Syamsul Yusof, Aaron Aziz dan Adi Putra. Dalam filem ini, Syamsul membawa watak antagonis iaitu gangster jalanan Shark, Aaron watak gangster yang sudah insaf, Malik dan baru keluar penjara serta Adi yang bawa watak gangster, Jai yang juga adik kepada Malik.

Pada sesi fotografi yang diatur Rap bersama tiga pelakon ini di Studio Balai Berita, baru-baru ini masing-masing mengakui mempunyai keserasian ketika digandingkan dalam filem berkenaan. Secara peribadi, Syamsul yang juga pengarah filem ini mengakui Aaron dan Adi adalah dua pelakon yang tepat untuk bergandingan dengannya dalam filem itu.

Saya sendiri yang memilih Aaron dan Adi bergandingan sebagai teraju utama filem ini. Mereka juga mempunyai peminat tersendiri di persada seni tempatan. Saya sudah bekerja banyak kali dengan Aaron dan kami memang serasi bekerjasama dalam filem. Ini juga kali pertama, saya bekerja dengan Adi dalam filem, katanya.

Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-24 ini berkata, dia memang suka dengan Adi kerana dia memang ada sesuatu. Adi mempunyai eye contact dan fizikal yang bagus untuk bawa watak gangster. Sepanjang penggambaran, Adi juga berjaya menjiwai watak Jai dengan baik seperti dikehendaki dalam filem ini. Dia memang sesuai untuk membawa watak Jai yang juga adik kepada Malik dalam filem ini.

Sukar Dilepaskan Untuk Menonton!!!!

Sudah menjadi cara saya mengarah iaitu memberi kebebasan kepada pelakon untuk tidak terikat dengan dialog seperti dalam skrip filem ini. Saya juga suka berbincang dengan pelakon dan berkongsi idea dengan mereka untuk mendapat hasil terbaik dalam filem ini. Setiap pelakon juga perlu fokus dengan karakter masing-masing, katanya.

Apapun, pada peringkat awal, kata Syamsul, dia sendiri kurang yakin untuk bawa watak Shark yang juga gangster dalam filem itu. Maklumlah, ini kali pertama saya bawa watak jahat dalam filem. Justeru, saya minta penolong pengarah sendiri yang buat uji bakat untuk saya melakonkan watak Shark dan ternyata, mereka berasa puas hati dengan lakonan saya ketika itu.

Bagi menjiwai watak diserahkan, Syamsul juga menonton filem Hollywood kegemarannya iaitu God Father dan Scarface sebagai rujukan untuk menjiwai watak berkenaan dan melihat daripada aspek lakonannya, katanya. Pada masa sama, kata Syamsul, dia juga buat kajian mendalam mengenai kegiatan kongsi gelap di luar sana untuk mendapat gambaran yang sebenar.

Scene Abang-Adik bertumbuk adalah antara yang menarik

Ini memang filem impian saya, sejak dulu. Ia seratus peratus cerita mengenai kongsi gelap dan hasil gabungan idea saya dengan penolong pengarah, Rizal Ashraf. Cerita ini juga memang ada sedikit persamaan dengan dunia gangster yang sebenar di luar sana. Sebagai kelainan, saya paparkan Malik, ahli kongsi gelap yang sudah insaf dan ingin berubah ke arah kebaikan seratus peratus, katanya.

Demi menjiwai watak Shark, Syamsul sanggup membotakkan kepala dan menaikkan berat badannya mencecah lebih 70 kilogram. Saya juga berdepan dengan tekanan untuk menjiwai watak Shark yang penuh dengan dendam dan kemarahan. Sebenarnya, Shark adalah anak kepada ketua gangster (lakonanRidzuan Hashim).

Cabaran besar dihadapi kerana filem ini membabitkan sebahagian besarnya babak pergaduhan yang sengit. Saya juga mengalami lebam-lebam ditubuh sepanjang penggambaran. Kami juga buat babak pergaduhan sendiri dengan bantuan koreografer lagak ngeri tempatan yang kehebatannya setanding di Hong Kong, katanya.

Bagi Aaron pula, dia juga mengakui selesa bekerja dengan Syamsul dalam filem KL Gangster itu. Maklumlah, mereka pernah bekerjasama dalam tiga filem pengarah muda itu sebelum ini iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 1 dan Evolusi KL Drift 2.

Kali ini, watak saya ada kelainan kerana ia watak baik. Malik adalah bekas gangster yang sudah insaf dan keluar dari penjara. Saya dan Syamsul berbincang mengenai watak terlebih dulu sebelum penggambaran dimulakan. Seperti filem sebelum ini, saya juga buat dialog sendiri untuk menjiwai watak Malik.

Cabaran paling besar ialah untuk menjayakan babak pergaduhan dalam filem ini kerana ia membabitkan penggambaran selama 20 hari dan hanya tiga hari tidak ada babak pergaduhan. Saya juga cedera di bahagian lutut ketika menjayakan babak pergaduhan itu, katanya.

Aaron mengakui semua pelakon utama tiada asas dalam seni mempertahankan diri tapi ia bukan penghalang buat mereka beri yang terbaik dalam filem itu. Dengan bantuan koreografer lagak ngeri, kami berjaya melakonkan babak masing-masing sebaik mungkin. Maklumlah, pengalaman saya hanya pernah bergaduh dengan orang ketika zaman bujang dulu, katanya.

Manakala, Adi pula mengakui sangat teruja bergandingan dengan Syamsul dan Aaron dalam filem berkenaan. Saya memang sudah lama ingin bekerja dengan Syamsul yang juga pengarah generasi muda hari ini. Watak Jai adalah gangster yang berhati kering dan adik kepada Malik memang tidak kurang hebatnya.

Saya berusaha menampilkan kelainan daripada aspek lakonan kerana tidak mahu ada persamaan dari yang pernah dilakonkan sebelum ini, katanya. Adi turut berdepan cabaran besar menjiwai watak gangster kerana ia memerlukan stamina yang tinggi.

Syamsul pula pengarah yang boleh terima pandangan pelakon dan ia memudahkan kami bekerjasama dalam filem ini. Sepanjang penggambaran, saya turut mengalami kecederaan iaitu bahu kena paku dan lutut terkehel ketika menjayakan babak pergaduhan dalam filem ini, katanya. Filem ini turut dibintangiSheera Iskandar (Zati), Ridzuan Hashim (King), Shoffi Jikan (Ajib), Zizan Raja Lawak (Fadil), Adam Corrie(Dragon) dan Ku Faridah (Ibu).

Abang Long Fadil yang akan ditabalkan sebagai Ayahanda

Sumber Informasi Sejagat [sinemamalaysia]

Jai Si Adik Kepala Gangster KL

kayrozz : Layan filem aksi terbaik hasil karya pengarah yang sedang meningkat naik Shamsul Yusof. Memang boleh pecah panggung jugak filem ni. Terbaikk gangs!!!! Kasi lu sampai hilangggg sengaaattttttttttt!!!

Kilafairy DiGanggu AnuWAR Pandikutty??

KILAFAIRY... terima pelbagai gangguan.
KILAFAIRY... terima pelbagai gangguan daripada AnuWAR Pandikutty????

KUALA LUMPUR: Kariernya masih hijau, namun dek kerana memiliki pakej lengkap termasuk jolokan sebagai Angelina Jolie Malaysia, pelakon baru, Syakila Nisha Jangir Khan, 19, atau lebih mesra disapa Kilafairy mengaku diburu ramai lelaki hidung belang, termasuk orang kenamaan (VIP) sejak kebelakangan ini.

Gangguan itu hadir menerusi pelbagai cara, termasuk panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) malah ada yang berani mengajaknya keluar meskipun baru kali pertama mencuba nasib.

Apapun, Kilafairy berkata, semua itu dianggap sebagai asam garam bergelar selebriti, apatah lagi dia baru bertatih dalam bidang seni.

Antara Kilafairy dan Angelina Jolie, yang mana satu AnuWAR nak baham dulu? Kalau si pundek kutty AnuWAR aku rasa memang kalau boleh dia nak baham dua2 sekali. Alasannya, mudah aje sebab bila PAS sendiri dah menabalkan AnuWAR memang kaki toron abad ke-21 maka tak mustahil tenaganya bertambah kuat mengalahkan gajah tengah naik minyak. Kalau PAS sanggup meng'spin' segala bukti di mahkamah untuk kes SODOMY II dan juga klip video telepornovela yang terlaris di pasaran, maka tidak mustahil AnuWAR semakin mendapat tonik mujarab untuk terus membaham mangsa2 seterusnya. Green Light sudah diberi oleh Puak Erdogan PASca baru, namun dinafikan bertubi2 oleh Hj Hadi dan Nicky Arjiz kepala hangguk. Katanya, buat apa nak zalimi AnuWAR dengan tuduhan melalui klip video yang tak boleh bercakap, memang kena jugak nak 4 saksi di depan mata. Lepas tu katanya isu ini WAJIB diletakkan di bawah QAZAF (menuduh zina tanpa bukti ikut syariat). Juak hamPAS yang terus sesat ini nampaknya bertambah liberal dengan segala macam isu yang melibatkan AnuGhairah Tuhan yang diharuskan jilat tapak kakinya.

Straight to the point untuk Pak Lebai Malang, carilah kebenaran yang hakiki dan bukannya asyik dengan hujahan nak mengelak untuk sabitkan AnuWAR sebagai pelaku di kes zina dengan Chinadoll. Memang celakolah Malaysia kalau dapat pemimpin yang memang kaki spin dan hipokrit di setiap saat dan ketika. Baru semalam korang tolak akidah menegakkan Islam sebagai sebuah negara, sekarang nak buat fatwa AnuWAR haram disabitkan dengan segala kebatilan sebab AnuWAR Pundek Kutty Maniappa Sivaji adalah seorang yang maksum. Wake up gang!!! This PAS memang sesat lagi menyesatkan. Bak kata Kapal 'Wilcha' - AnuWAR dan PAS harus BERTOBAT!!!!

Brad Pitt akan bermadu dengan AnuGhairah Tuhan?? Dangg!!!!

AKU BUAT SEGALA SURUHAN ALLAH S.W.T

TAPI AKU BUKAN AHLI PAS

KESIMPULANNYA : AKU TIDAK SESAT

PANAS!!! : Gambit Yang Tak Tahu Sedar Diri

Motif maki hamun masih tidak diketahui. Namun, kami syaki Gambit Saifullah mengeluarkan kata-kata yang keras terhadap komuniti blogger ekoran daripada kontroversi video klip Prema Yin tempoh hari. Daripada kenyataan Gambit di Twitter, kami percaya ramai blogger-blogger yang terasa hati dengan sikapnya yang kekwat.

Mungkin, Gambit Saifullah tidak sedar bahawa sebagai seorang selebriti, setiap kenyataannya mempunyai kapasiti yang memberikan impak kepada kerjayanya. Hasil daripada situasi ini, kami percaya Gambit akan hilang lebih ramai peminat, dan penghormatan daripada orang ramai.

Daripada konteks public relation, selagi boleh kita ingin meminimumkan krisis yang dihadapi dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan. Berbudi bahasa tidak semestinya mengaku kalah, sebaliknya boleh membuatkan orang luar lebih menghormati kita.

Dalam kes Gambit, hasil analisis kami mendapati kata-kata berbunyi, “To all the sincere supporters, thank you. To the assholes/bloggers who have nothing else better to do, middle finger on your face bitch!” memberikan impak yang besar kepada komuniti blogger secara umumnya. Ini amat bertentangan dengan konteks public relation, Gambit telah mewujudkan krisis yang tidak disenangi, dan amat susah untuk diperbaiki.

Kenyataan keras Gambit tidak berakhir di situ, dia terus mengeluarkan kata-kata kesat terhadap blogger seperti, “Aku ckp bloggers yg cibai, yg x de kerja. Yg x tau menahu tu asal nak kena terasa? Sbb bloggers yg cibai tu hasut korang?”

Dan, banyak lagi kata-katanya yang lain di akaun twitter @GambitSaifullah, bisa menguris hati ramai peminat. Apa pula pendapat anda?

Sumber Informasi Sejagat [ohbulan]

kayrozz : berapa besar lu punya kepala Gambit? kalau lu buat video ala2 porno boleh kat Malaysia ni, tak kan bila kena kritik dah melenting. Tak PORNO lah beb camtu kepala lu...

9hb Kepala Gangster Turun KL Kalau AnuWAR Tunda Kes Lagi!!!

Gangster Pundek kutty!!!!
Amaran Untuk AnuWAR "6hb kau tunda kes lagi, 9hb nanti KL Punya Gangster Turun!!!"

Sinopsis Filem KL Gangster

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”

Senarai Pelakon:

Syamsul Yusof, Ridzuan Hashim, Aaron Aziz, Ady Putra, Zizan

Pengarah:

Syamsul Yusof

Tarikh Tayangan:

9 Jun 2011

Trailer Filem KL Gangster

Sumber Informasi Sejagat [ezany-kun]

[Bergambar] : Abang Salih Selamat DiNikahkan

♠ Posted by kayrozz in ,,,
Syabas dan Tahniah!!! buat Abang Salih Ngetop yang selamat diijabkabulkan oleh Tuan Kadhi Kulaijaya pada satu majlis akad nikah semalam. Pasangan Salih Yaakob dan Emi yang bernikah di Masjid Besar Kulaijaya disaksikan oleh beberapa rakan dan kenalan rapat serta saudara mara kedua2 belah pihak. Meskipun melafaz akad nikah sebanyak dua kali, namun Abang Salih masih lagi tetap tenang dan mampu mencuit hati sekalian jemputan dengan telatahnya yang bersahaja. Emi menerima hantaran sebanyak RM25,000 selain maskahwin sebanyak RM22-50 dan senaskah Al-Quran. Angka 25 tersebut diberitahu media sebagai mengambil sempena umur Emi dan juga tarikh lahir Abang Salih pada 25hb November. Pernikahan ini menamatkan spekulasi sebelumnya yang pernah diberitakan Abang Salih akan bernikah dengan bakal isterinya yang ke-4 selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Di dalam satu kenyataan rasminya, Abang Salih akan membawa keempat2 isterinya bersama2 11 orang anak mereka untuk bercuti di China selain mengambil kesempatan berbulan madu di sana.

Abang Salih memang ngetop!!!!!Chaiyok lah lu brooo....

Berikut beberapa keping gambar yang sempat dipaparazi :

Sumber Informasi Sejagat [anakseberang]

Malaysia Bakal Cipta Rekod Pasangan Bercerai

Sejak Mashitah ni dah tak keluar TV untuk Forum Hal Ehwal Perdana, program tersebut masih berjalan lancar dengan kemunculan Dr Sharifah yang lebih mantap. Kini Mashitah nak cari publisiti sikit takut ramai peminat kat luar dah tak kenal macam mana rupanya sebab glamer dah hilang. Isu yang cuba dikupas Mashitah ini adalah konsep perceraian di Malaysia tetap dihalalkan untuk menyelesaikan kemelut wanita Malaysia. Dalam Al-Quran memang disebut tentang perkataan Talak yang dibenarkan. Namun, perkara Talak inilah yang paling dimurkai oleh Allah s.w.t. Kenapa Timbalan Menteri ni tak ulas lanjut mengenai perkara ni? Lagi pulak dia sebut tentang masyarakat celik undang2, maksudnya undang2 nikah kahwin tak celik lagi tapi undang2 cerai dan talak aje masyarakat faham dengan teliti.

Perceraian bagi pandangan positif Mashitah hanyalah jalan paling singkat untuk selesaikan kemelut wanita di Malaysia. Alasannya, takut banyak kes yang bertimbun dan tak boleh nak diselesaikan. Sayugia aku nak maklum, kalau inilah pencapaian perundangan di Malaysia, maka aku percaya dengan sepenuh jiwa dan raga bahawa rekod 15 minit setiap pasangan di Malaysia bercerai bakal dipecahkan tidak lama lagi. Kalau nak lebih hebat boleh masukkan ke dalam Malaysia Book Of Records. Mashitah patut cepat2 cari statistik mengenai pasangan bukan Islam di Malaysia, cuba bandingkan tengok? Di mana silapnya institusi kekeluargaan di Malaysia ini? Jangan bila berdehem asyik nak ultra-seksis. Apa pentingnya wanita di Malaysia, begitu juga pentingnya lelaki. Apa sahaja kemelut isteri, pasti suami juga ada kemelut tersendiri. Statistik untuk sesuatu yang negatif sepatutnya diimbangi dengan kaedah untuk mengurangkannya dan bukan mencari alasan untuk lebih menambah impak negatif lagi serta mendatangkan implikasi di masa hadapan.

Perceraian selesai banyak masalah wanita

KOTA BHARU: Umat Islam tidak harus melihat kadar perceraian yang tinggi di negara ini satu perkara negatif kerana perpisahan suami isteri mengikut lunas undang-undang itu, sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah dihadapi wanita.

“Saya melihat perkara ini (perceraian) daripada aspek positif iaitu masyarakat Islam kini sudah sedar dan celik undang-undang, boleh menyelesaikannya mengikut lunas yang dibenarkan Islam,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Katanya, perceraian pasangan Islam setiap 15 minit di negara ini menggambarkan satu kesedaran bahawa banyak kes yang tidak menemui jalan penyelesaian sebelum ini, sudah diselesaikan melalui lunas undang-undang.

“Kita jangan lihat perceraian itu satu perkara yang teruk sangat kerana ia perkara yang halal, malah perceraian itu sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum wanita,” katanya selepas majlis pelancaran Karnival Halal Kelantan 2011, di Kompleks Islam Darulnaim, di sini, semalam, yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Mac lalu ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya, dengan menyebut perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009, menunjukkan purata pasangan Islam yang bercerai mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan bercerai setiap 15 minit.

Berdasarkan rekod JAKIM pada 2009, menunjukkan perceraian terus meningkat setiap tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya golongan muda.

Ditanya sama ada berlakunya perceraian seperti itu disebabkan kekurangan hakim, Mashitah menafikannya dan menegaskan banyak kes sudah diselesaikan.

“Memang tidak dinafikan, setakat ini kita memang memerlukan banyak lagi hakim bagi menyelesaikan kes, namun banyak kes dapat diselesaikan dengan mengadakan perbicaraan pada waktu malam atau hari cuti selain ditambah dengan hakim perempuan,” katanya.

Beliau berkata, berlakunya kes perceraian membabitkan pasangan Islam disebabkan suami dan isteri masing-masing tidak memahami tanggungjawab serta ilmu berumahtangga.

“Dalam kajian yang kita lakukan, perceraian berlaku bukan disebabkan ketidakseragaman undang-undang syariah, namun ia membabitkan pasangan berkenaan iaitu tidak memahami tanggungjawab selain kurang ilmu rumah tangga,” katanya.

Sumber : [beritaharian]

Klip MTV Panas!! : Lagak Berani Hero Malaya

Klip video ni memang dah banyak tersebar di kalangan bloggers. So, aku tampilkan aje kat blog ni sebab nak bagtaw capaian klip ni untuk 1 hari jer dah lebih 10,000. Wow!!! Memang menarik dan tertarik. Ye laa...kalau dah pelakon2nya memberikan aksi berahi dan mengasyikkan, orang yang nak pakat tengok pun mestilah beribu-riban ramainya. Cuma, MTV seperti ini sepatutnya tidak melibatkan seorang pelakon Melayu yang beragama Islam kerana ia tetap menyalahi syariat dan tatasusila mengikut adab2 ketimuran. Shah Jaszle patutnya lebih peka dan bersikap lebih sensitif di dalam isu ini kerana selepas ini yang mendapat tempelak dan nama busuk adalah dirinya sendiri. Tepuk dada, tanya selera beb. Anyway, kalau duit berlakon dah tak cukup dan nak layan klip murahan macam ni, lu dah macam tersalah ikutan beb. Ini bukan Hollywood boleh hentam sembarangan. Esok2 lu lagi teruk kena hentam. Kena tunggu jer lah apa kata bahagian penapisan, sahih dan konfom tak boleh nak lepas dan silap2 kena GAM.
Klip MTV yang terbaik daripada ladang bakal terbakor!!

Sumber : [duniacacamarba]

Kongsi Vs Karak : Sam & Shera Ayob Da Bomb!!

Kalau nak dibandingkan di antara kedua2 filem ini memanglah berlainan genre. Karak genre filem seram manakala Kongsi pulak filem becorak aksi komedi. Selain itu, jalan cerita memang dah sahih berbeza dan berlainan sekali. Namun, bagi kaki yang suka nonton filem ni tentu ada perasaan kurang menyenangkan lepas keluar panggung tidak kira apa jua genre sekalipun bila tak puas hati. Maksudnya, filem yang tidak memenuhi hasrat dan citarasa, ibarat macam menyesal bila lepas nonton wayang atau dengan kata paling bijak dan mudah ialah buat perabih duit jer tapi tak stimm..

Filem Kongsi yang mencatat kutipan RM7.0 juta dalam masa 1 minggu masih lagi ditagih oleh MIG untuk mencapai ke tahap RM10.0 juta. Jadi, bolehlah David Teo tukar nama ke "10 Million Dollar Man". Namun, aku nak bagtaw yang Kongsi adalah suatu filem tong sampah hasil garapan Farid Kamil. Tarikan untuk ke panggung adalah hanya daripada trailer yang memukau dan yang teramat2 penting di dalam filem ini ada SAM SAHEIZY. Itu sahaja yang David Teo boleh menarik nafas lega apabila tayangan dijadualkan di tengah2 'peak' si Sam Artis Paling Popular Tanah air. Kebijaksanaan David Teo adalah mempergunakan populariti Sam. Aku berani bertaruh kalau Sam tak ada dalam filem Kongsi memang dah merata orang meludah nonton filem tu. Kahakkk...ptuihh!! Korang tak pecaya boleh layan Astro First atau DVD yang sudah berada di pasaran terang mahupun gelap.

Berlainan pula dengan Karak yang menampilkan rata2 pelakon2 muda seperti Shahir AF8, Shera Ayob, Along Ezyendy dan Kilafairy serta pelakon veteran Sidek Hussien. Namun, aku tabik dengan produksi KRU Studio yang berjaya menampilkan suatu kelainan di dalam genre seram di Malaysia. Memang berbaloi sekali pelaburan studio canggih KRU di dalam pembikinan filem melalui teknik CGI mereka yang terkini. Walaupun, Yusry pertama kali mengarap filem seram, namun kesemua elemen bunyi dan paparan wajah hantu memang teramat menyesakkan dada. Lakonan daripada Shera dan Kilafairy cukup mempersona dan aku boleh katakan mereka di antara pelakon pelapis yang cukup berbakat besar. Selain itu, penampilan Shahir AF8 juga tidak mengecewakan di samping pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Along Ezyendy. Lakonan Shera Ayob selaku watak utama memang cukup matang jika dibandingkan dengan usianya di bidang lakonan.

Skrip cerita mengisahkan perjalanan 4 sahabat yang berbeza latar belakang ingin menuju ke Kuantan dengan berkereta. Di tengah2 perjalanan, mereka telah tersekat dengan halangan lalu lintas dan mengambil keputusan untuk mengambil laluan pintas dengan melalui jalan lama Karak. Di awal cerita, kisah misteri yang menghantui pengguna jalan raya Karak berikutan satu kejadian yang mengerikan berlaku di awal tahun 1980-an akibat gangguan si penunggu jalan raya. Bermulalah episod seterusnya apabila, kisah volkwagen kuning yang mengejar mangsa di Karak juga dipaparkan. Setelah itulah, kemalangan dahsyat menimpa sahabat tersebut dan menemukan mereka dengan Tok Malam. Sekali imbas, Tok Malam seperti dukun santet yang mengamalkan ajaran Ilmu Hitam. Namun, sebaliknya berlaku. Pesanan Tok Malam yang patut diambil sebagai mesej paling bermakna di dalam filem ini adalah, "Kuatkan Iman dan bacalah ayat suci Al-Quran (Ayatul Kursi) dengan tahu maknanya sekali bukan hanya di bibir sahaja". 20 minit terakhir filem ini memang cukup mantap aku rasa daripada segala sudut yang meremangkan bulu roma dan menginsafkan kita sebagai makhluk ALLAH s.w.t.

Jangan tunggu sampai DVD terang gelap untuk layan cerita ni....sekarang juga boleh sesakkan panggung. Tonton pelakon2 pelapis yang betul2 boleh menaikkan industri perfileman tanah air kita suatu hari nanti. Sambil itu, boleh naikkan kantung poket KRU Studios (Norman/Edry/Yusry) lebih bagus. Kantung David Teo pun dah berat sangat tuuu, bonus lagi musat kan apek in tawun?...kih kih kih.

2 thumbs up!!

Memang terbaik dari ladang!!!

Kongsi....Lu Takder David Teo Mati!!!

Memang Pelakon Super Diva di Malaysia buat masa KINI!!

Lepas layan trailer...boleh check it out kat panggung!!!!

Datuk CT Nur Akan Gempur Wataniah

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah. "Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa," katanya. Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Baca Selanjutnya :

kayrozz : Tahniah Datuk CT!! Kalau hasrat termakbul mungkin akan menarik minat ramai lagi artis2 di Malaysia untuk bersama2 di dalam pasukan sukarelawan ini. Alah bisa tegal biasa, kalau Tok CT dah boleh..mesti ramai lagi yang boleh!!

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI
Showing posts with label artis malaysia. Show all posts
Showing posts with label artis malaysia. Show all posts

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 : Ummi Nazira Masakkan Apa Utk Johan Ashaari??

Farghaly Bedspread & Carpet telah menjadi penaja bersama utk Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan(KKR) 2015 yg dirakamkan di beberapa lokasi sekitar Negeri Kedah.

Bertempat di TESCO Kulim pada 25/4/15 telah bersiaran secara langsung utk sesi rakaman Rancangan KKR2015 yg di hoskan oleh pengacara meletop Shiela Rusly.

Antara yg hadir ialah Ummi Nazira selaku artis jemputan bagi rakaman episod KKR2015 di TESCO,  Kulim. Namun, apa yg admin terkesima adalah apabila Johan Ashari pun ada juga. Khabar angin sempoi2 berlalu di kalangan artis, Johan Juvana dn Ummi Nazira bakal menikah tak lama lagi. Apapun biarkan gossip terus jadi kenyataan sbb benda yang baik kena doakan yg terbaik buat depa berdua. Aamin Ya Rabb!!

Nak tahu lebih lanjut artis2 yg akan menyerikan program KKR2015 ni..Tungguuu, nnt admin try adjust dgn Kak Shiela Rusly naa. Nely Senrose pun ada gak tu. Terbaikk dari Konti KKR2015.

Sekalung Tahniah buat pihak pengurusan Farghaly & Team yg berjaya mengorak  langkah ke hadapan di dalam mempromosikan produk Bedspread/Cadar Farghaly & Carpet supaya lebih dikenali dan menjadi perhatian di pasaran Malaysia dan Antarabangsa.

Semoga Terus Maju Ke Hadapan!!!

[Gambar Penuh] : Izara Aishah Yang Superlicious!!

Gambar Izara Aishah Superlicious!

Gambar Izara Aishah Superlicious!

Gambar Izara Aishah Superlicious!

Gambar Izara Aishah Superlicious!

Gambar Izara Aishah Superlicious!

Gambar Izara Aishah Superlicious!

Gambar Izara Aishah Superlicious!

Gambar Izara Aishah Superlicious!

Gambar Izara Aishah Superlicious!

Gambar Izara Aishah Superlicious!

Sumber Skodeng [ohbulan]